Home Berita PAS Terengganu

PAS Ladang sasar Kompleks RM1.5 Juta siap dalam tempoh setahun

150
SHARE

KUALA TERENGGANU – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang menyasarkan pembinaan Kompleks dengan anggaran kos RM1.5 juta akan siap dalam tempoh setahun.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN tersebut Ustaz Ahmad Kamal Ali berkata, sehingga kini sejumlah RM100,000, hasil sumbangan orang ramai telah berjaya dihimpun.

“bangunan ini di lantai bawah kita akan buat pejabat dan di bahagian atas akan dibuat dewn dan bilik mesyuarat,

“tanah tapak bangunan ini diberikan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) untuk dijadikan markas tarbiah DUN,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah dan Solat Hajat di tapak Kompleks tersebut, semalam 10 April.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Setiausaha BPPNT, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Katanya, apabila siap kelak, premis yang terletak di Lot 1817, Jalan Pusara dekat sini, akan menjadi Pusat Khidmat Masyarakat bagi kemudahan penduduk berurusan.