LABUAN, 9 Jun – Seramai 29 buah keluarga kurang kemampuan sekitar Labuan telah dipilih untuk menerima sumbangan sempena program ‘JOM SHOPPING RAYA’ pada tahun ini.
Program tersebut yang diadakan di Family Mart Taman Mutiara itu dimulai dengan sesi ucapan alu-aluan oleh YDP PAS Labuan, Tn Hj Hamir Zahari, seterusnya sesi bacaan doa oleh Setiausaha PAS Labuan, Saudara Zulafham Zulkifli.
Menurut Hj Hamir, pada tahun ini PAS Labuan berjaya mengumpul dana hasil sumbangan daripada ahli-ahli PAS Labuan khususnya, dan penderma-penderma prihatin.
“Sumbangan diberi kepada setiap penerima dan terus membeli keperluan keluarga di Family Mart”, katanya.
“Daripada pihak PAS Labuan mengucap ‘jazakallahu khairan kathira’ kepada para penyumbang dan juga kepada petugas PAS yang setiap tahun tidak pernah terlepas untuk menganjurkan program sebegini untuk membantu keluarga kurang kemampuan di sekitar Labuan.” sambungnya.