Oleh: Juliana Hamid
9 Oktober 2020
KUNAK: PAS Kunak teruskan misi membantu golongan asnaf yang terjejas akibat pendemik Covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) pagi ini.
Seramai 11 keluarga asnaf yang masing-masing dari Kampung Pangi, Kampung Hampilan dan Telaga Tujuh menerima sumbangan bahan mentah seperti beras, telur, minyak masak, gula dan tepung.
Sumbangan ini diagihkan secara berperingkat sepanjang tempoh PKPDB bagi mengurangkan pergerakan sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Edaran tersebut diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Kunak, Siti Rahimah bersama seorang ahli PAS Kunak bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.
“Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang kerana meringankan beban keluarga yang terputus bekalan makanan khususnya penduduk di daerah Kunak”. Kata Siti Rahimah.
Kepada yang ingin menyumbang, sumbangan boleh di salurkan ke akaun Bank Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Silam, 110892014454, Ref: PKPDB Kunak.