Home Berita PAS Sabah

PAS Kunak serah bakul makanan, cakna masalah rakyat

638
SHARE

Oleh: Juliana Hamid
1 November 2020

KUNAK : PAS Kunak meneruskan misi agihan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar daerah Kunak.

Seramai 10 keluarga yang terputus bekalan makanan dari Kampung Kunak Jaya dan Kampung Cenderawasi menerima bakul makanan semalam.

Sumbangan bahan mentah seperti beras, telur, minyak masak, tepung dan gula telah diagihkan kepada penerima.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Lahad Datu, Ramli Pataruddin diiringi 2 orang ahli PAS Kunak bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbang, tidak kira dari segi wang ringgit mahupun tenaga.” Kata Ramli Pataruddin.

PAS Kunak mengalu-alukan sumbangan para dermawan yang ingin membantu keluarga kurang berkemampuan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Silam, 110892014454, Ref: PKPD Kunak.