Home Artikel PAS Sabah

PAS Kudat serah sumbangan kematian keluarga

146
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
15 September 2020

KUDAT: PAS Kudat telah menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM930 kepada keluarga allahyarhamah Nanang Binti Jung yang meninggal pada 26 Ogos lalu di rumahnya akibat sakit tua.

Sumbangan disampaikan kepada anaknya, Ahmad Bin Lawadin di Kampung Mempakad Laut, Pitas semalam bagi membantu dan meringankan beban keluarga.

Sumbangan disampaikan oleh Masdin Boyogoh, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Kudat.

Turut hadir bersama Ustaz Ahmad Pysal Mohd Rajali, Naib Yang Dipertua PAS Kudat, Azman Madusin, Setiausaha PAS Kudat serta ahli jawatankuasa yang lain.

Menurut Masdin, wang tersebut merupakan sumbangan daripada orang ramai hasil derma kilat yang telah dilancarkan sebagai tanda simpati kepada keluarga arwah.

Tambahnya, PAS Kudat sentiasa meneruskan agenda kebajikan untuk membantu masyarakat yang memerlukan dari semasa ke semasa.