Home Berita PAS Sabah

PAS Kudat lancar Tabung Covid 2.0

979
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
12 Oktober 2020

KUDAT : PAS kawasan Kudat telah melancarkan Tabung Covid 2.0 sebagai tanda prihatin kepada masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 serta cuaca yang tidak menentu.

Nemrone Loveh, Yang Dipertua PAS Kudat menyatakan bahawa Tabung Covid 1.0 sebelum ini telah membantu seramai 1000 keluarga yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM70,000.

Menurut Nemrone, untuk Tabung Covid 2.0, PAS Kudat mensasarkan dana sebanyak RM150 ribu bagi membantu masyarakat sekitar Kudat yang merangkumi kawasan Pitas, Bengkoka, Banggi dan Tanjung Kapor.

Tambahnya, keluarga yang dikuarantin, asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, nelayan yang tidak dapat mencari hasil laut serta penoreh getah yang tidak dapat menoreh disebabkan cuaca yang tidak menentu antara mereka yang akan menerima sumbangan.

Sementara itu, Masdin Boyogoh, pengarah program yang juga merupakan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kudat menyatakan bahawa bantuan akan disampaikan secara berperingkat bergantung kepada dana yang diperoleh. Tabung ini akan dikumpul dan diagihkan sehingga wabak covid terkawal.

Katanya lagi, setakat ni seramai 22 buah keluarga telah menerima sumbangan, 3 keluarga pada sabtu lepas manakala 19 keluarga lagi telah menerima sumbangan semalam.

Semalam, Norianah Mamas, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kudat telah menyampaikan sumbangan beras sebanyak 19 kampit kepada 19 buah keluarga di Bengkoka.

Bagi masyarakat yang ingin menyumbang boleh menghubungi Nemrone di talian 013-5569272 dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Ambank Berhad, PAS Kawasan Kudat 1690020154073.