Home Berita PAS Terengganu

PAS Kuala Terengganu Kehilangan Permata Berharga

214
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pada pagi tadi pejuang PAS Negeri Terengganu khususnya Kuala Terengganu telah dikejutkan dengan berita pemergian tokoh penting dalam gerakan Islam ini, Ustaz Hamzah Ngah telah meninggal dunia.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pemergian Mantan Naib Yang di-Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu itu merupakan satu kehilangan yang sangat besar.

“Bukan sahaja kepada keluarga dan sahabat terdekat.

“Malah kepada perjuangan Islam yang beliau pernah dokong dengan penuh keikhlasan, “ujarnya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ustaz Khalil berkata, masih segar kenangan bersama almarhum yang sentiasa istiqamah berada dalam pelbagai medan dakwah dan gerak kerja jamaah.

“Penuh tawaduk, hikmah dan semangat juang yang tinggi.

“Semoga Allah SWT merahmati roh almarhum, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin,”, ujarnya dalam masa yang sama turut mengucapkan Salam takziah buat seluruh keluarga tokoh berjasa itu.

Almarhum juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Darul Quran, Rusila.