Home Berita PAS Terengganu

PAS Kuala Nerus Kehilangan Aktivis Cemerlang

1669
SHARE

PAS Kawasan Kuala Nerus merakamkan ucapan takziah atas kepulangan ke rahmatillah, Saudara Khairul Nizam bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kailo pada jam 10:30 pagi tadi (12 Januari 2018 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1438H, Jumaat).

Almarhum Kailo adalah aktivis penerangan yang aktif dan berjaya menyumbangkan banyak kejayaan untuk kerja-kerja dakwah dan penerangan untuk PAS Terengganu, khususnya di Kuala Nerus. Sebagai salah seorang AJK Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus, almarhum telah menunjukkan sikap yang berdedikasi dalam menjalankan amanah.

Sebagai penghormatan akhir, dijemput semua ahli PAS dan rakan taulan untuk menghadiri solat jenazah Almarhum yang dijadualkan usai Solat Asar di Masjid Kg.Bukit Tok Beng. Semoga doa yang dipanjatkan bersama ini akan dikurniakan Allah SWT maghfirah dan rahmat buat Almarhum di alam seterusnya.

PAS Kawasan Kuala Nerus merakamkan takziah buat ahli keluarga dan mengharapkan agar semuanya tabah dan bersabar atas kehilangan Almarhum.

Sekian.

Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Kuala Nerus
12 Januari 2018

Artikel berkaitan : “Aku Ingin Masuk Syurga Dengan Tulisan”

http://buletinonline.net/v7/index.php/aku-ingin-masuk-syurga-dengan-tulisan/