Home Uncategorized

PAS Kota Samarahan komited menjaga kebajikan sepanjang Covid

31
SHARE

Oleh Hanim Md Khair

KOTA SAMARAHAN: PAS Kota Samarahan telah menyampaikan sumbangan kebajikan Tabung Bencana Covid 2021 di dua buah kampung DUN Muara Tuang, Kota Samarahan, Ahad lepas.

Sebanyak 25 buah keluarga daripada Kampung Endap dan Kampung Tanjung Tuang menerima sumbangan barangan asas keperluan. Mereka terdiri daripada penduduk-penduduk yang terkesan akibat PKP, barisan hadapan dan murabitun PAS.

“PAS Kota Samarahan tekad untuk menjaga kebajikan masyarakat sepanjang waktu mencabar ini,” ujar TYDP PAS Kota Samarahan, Zulkipli bin Ramzi.

Sumbangan telah disampaikan oleh petugas PAS Kota Samarahan. Turut menyertai penyerahan sumbangan adalah TYDP PAS Kota Samarahan, Ketua Pemuda PAS Kota Samarahan; Ashrol Isham dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak; Hamdan bin Sani.

Tabung Bencana Covid 2021 terus dibuka kepada para dermawan yang boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam 11013020476552 atas nama Mastura Julai selaku Jawatankuasa Tabung Bencana Covid Kota Samarahan dan sebarang transaksi boleh dimaklumkan kepada Cik Mastura Julai di 0103281162.