Home Berita PAS Selangor

PAS Kota Raja tidak lelah membantu masyarakat – PAS Kawasan Kota Raja

53
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 8 Oktober – PAS Kawasan Kota Raja melalui KRCAMALSELANGOR meneruskan lagi gerak kerja kebajikan mereka dalam membantu masyarakat. KRCAMALSELANGOR semalam telah menghantar sumbangan roti ‘homemade’ buat para petugas dan Frontliners di PPV SMAT Hishamuddin Klang serta PPV SMK Batu Unjur Andalas.

Sumbangan sebanyak 400 biji roti telah diserahkan kepada petugas di PPV dengan setiap satu menerima 200 biji roti. Menurut relawan Amal KRCAMALSELANGOR, kehadiran ribuan pelajar telah meningkatkan kesibukan para petugas dan kesulitan untuk keluar bersarapan atau makan tengahari.

Menurut mereka lagi, penyediaan roti merupakan inisiatif yang sangat rasional keranan ia makanan yang fleksible. PEnyediaan roti tersebut juga adalah sebagai satu usaha untuk memudahkan operasi dan pergerakan petugas di pusat pengambilan vaksin di kedua-dua tempat berkenaan.

“InsyaAllah dari masa ke semasa KRCAMALSELANGOR akan turun lagi untuk menyumbang kepada pusat-pusat pemberian vaksin ini”, jelas relawan Amal.

Mereka meneruskan agenda kebajikan untuk sesi petang, dimana edaran 100 pek makanan siap bermasak Dapur Amal KRCAMALSELANGOR dan sayur segar daripada Kebun Amal KRCAMALSELANGOR dilaksanakan. Program tersebut adalah bertempat di Kampung Perepat, Kapar, Klang bersama Ikon Kebajikan, Dr Halimah Ali serta team beliau.

Semoga sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan dapat memberi manfaat kepada semua penerima dan juga semoga ia dapat memudahkan dan melincirkan segala urusan serta kesulitan yang dihadapi seharian dalam meneruskan perjuangan bersama sebagai sebuah keluarga Malaysia melawan pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor