PAS Konsisten Menjuarai Politik Perpaduan – Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Dizaman penuh mencabar ini budaya politik matang dan sejahtera sangat diharapkan untuk memurni dan mengharmonikan situasi. Api jangan dilawan dengan api kelak rentung dan hangus segala-galanya. Tetapi api itu seharusnya dicurah dengan kasih sayang dan kewarasan biar padam kehangatan dan timbul nyaman serta tenteram.
Didalam kecamuk politik ini siapa lagi jika tidak PAS yang perlu melonjak ke hadapan membawa perdamaian dan menawarkan penyelesaian. Bukankah Islam itu kunci perpaduan ummah.
Cukup lega dan meyakinkan apabila Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam di Terengganu terbit dengan penegasan bahawa PAS konsisten dan akan kekal dengan prinsip politik penyatuan ummah yang merupakan teras perjuangan PAS.
PAS kata Dato Sri Tuan Ibrahim akan terus berunding dengan PN dan MN khususnya Umno demi mengelakkan pertandingan sesama sendiri dalam PRU nanti yang hanya akan merugikan ummah.
Tumpuan waktu ini tambah beliau adalah pada menawan kerusi-kerusi pembangkang dalam PRU 15 nanti.
Untuk itu buat permulaan kata beliau lagi semua kerusi yang dimenangi samada PAS, Umno atau Bersatu dalam PRU 14 lalu sewajarnya kekal milik mana-mana parti berkenaan dalam PRU 15 nanti. Jangan berbalah darihal kerusi yang telah menang sepatutnya diperingkat ini tumpuan diberi pada kerusi yang dikuasai pembangkang supaya jumlah kerusi yang dimenangi dapat dipertingkatkan.
PAS akan mengarahkan jenteranya berkerja memastikan kerusi-kerusi menang terus dipertahankan. Jika ia kerusi Umno berdasarkan keputusan PRU 14 maka PAS akan bantu dan demikian juga jika ia kerusi Bersatu.
Dengan sikap realistik sebegini diharapkan dengan inisiatif PAS dan kerjasama semua pihak parti kerajaan pimpinan Dato Sri Ismail Sabri selaku PM kekal berkuasa dengan kemenangan lebih besar PRU nanti.
4 Oktober 2021 | 27 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#KitaJagaKita
#IslamTolakFitnah
#IslamMemperkukuhPerpaduan