Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar
Oleh : Umar Al-Hayawi
KAPAR, 10 Ogos – Sempena Awal Muharram 1443H, PAS Kawasan Kapar terus istiqamah menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga yang terkesan akibat COVID-19 dan dikuarantin di sekitar DUN Meru.
Menurut laporan, salah seorang penerima yang sedang diuji dengan penyakit stroke, berasa amat terharu dan menzahirkan rasa berterima kasih apabila mengetahui PAS telah hadir untuk memberi bantuan kepada beliau dan keluarga-keluarga lain yang terkesan. Beliau turut menyatakan bahawa, beliau akan terus menyokong dan berkempen untuk PAS.
Misi bantuan hari ini diketuai sendiri oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kapar Ustaz Noor Najhan bin Mohamad Salleh, Naib Yang DiPertua saudara Kahar Muzakir bin Munawir, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan serta pimpinan masyarakat dan Jabatan Amal.
Semoga usaha yang berterusan ini dapat membantu dan memberi kegembiraan kepada mereka yang terkesan dan juga semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang dipikul mereka dalam menruskan lagi kehidupan di musim pandemik COVID-19 ini, yang masih belum berpenghujung.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor