Home Berita PAS Sabah

PAS komited bantu masyarakat

14
SHARE

Oleh: Fasihah Mohamad
20 Mac 2025

KINABATANGAN: “PAS komited untuk terus membantu masyarakat setempat,” kata Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla.

Menurutnya, tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan PAS Kinabatangan untuk menyantuni penduduk yang memerlukan terutama dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Jumaidin berharap, dengan sumbangan itu mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Sebanyak 33 set sumbangan bakul Ramadan telah disampaikan kepada penduduk Kampung Kasih Sayang dan Kampung Usaha Jaya di sini, baru-baru ini.

Seorang penerima, Hasni Hamsah menyatakan bahawa, sumbangan ini amat membantu mereka terutama untuk menyediakan makanan sepanjang Ramadan.

“Alhamdulillah, sumbangan ini sangat bermakna bagi kami sekeluarga. Terima kasih kepada PAS Kinabatangan atas keprihatinan ini,” katanya.

Turut serta dalam program tersebut, Ikon Muslimat Muda, Nur Shahirah Salasain yang turut menziarahi penduduk dan bertanya khabar mereka.

“Melihat sendiri keadaan penduduk di sini memberi kesedaran bahawa masih ramai yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Kami berharap usaha seperti ini dapat diteruskan agar lebih ramai yang dibantu,” ujarnya.

Program tersebut dijangka akan diteruskan ke kampung-kampung lain dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada inisiatif PAS Kinabatangan dalam mendekati masyarakat.