Home Artikel PAS Selangor

PAS KLANG | “Maal Hijrah 1439 : Semak Kembali Pesanan Rasulullah SAW”

478
SHARE

Sempena tahun baharu Hijrah 1439, kita semak kembali beberapa pesanan Rasulullah:

Paradigma manusia menjadi sewel:

“Akan datang ke atas kamu, tahun-tahun pembohongan. Orang yang menipu dipercayai dan orang yang benar dituduh penipu. Orang yang jujur dikhianati dan pengkhianat diberikan amanah” – hr Imam Ahmad.

Normalisasi dosa melalui penjenamaan semula:

“Malam dan siang tidak berlalu (kiamat) hingga segolongan umatku meminum arak dan mereka menjenamakannya dengan nama yang lain” – hr Muslim.

Politikus syaitan:

“Terjadi selepasku akan muncul para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku dan tidak mengikuti sunnahku. Antara mereka ada yang berhati syaitan dan berjasad manusia” – hr Muslim.

6 bencana yang menyukarkan hidup:

“Cepatlah kalian mati apabila terjadinya enam perkara. Pemerintah dikuasai orang-orang jahil, banyaknya penguatkuasa yang mencengkam, undang-undang boleh dijual beli, ringannya pertumpahan darah, terputusnya silaturrahim dan anak muda menjadikan al-Quran sebagai nyanyian. Dipersembahkan alunan al-Quran dalam keadaan dia adalah orang yang tidak memahaminya” – hr Imam Ahmad.

Umat rosak secara beransur-ansur. Sekularisme sebagai pemula:

“Simpulan-simpulan agama Islam akan terlucut satu persatu. Maka setiap kali terlucut, umat akan berusaha berpaut dengan simpulan yang lain. Yang paling awal terlucut adalah undang-undang dan yang terakhir adalah solat” – hr Imam Ahmad.

Sukar untuk istiqamah dengan Islam:

“Segeralah beramal soleh, sebelum terjadinya ujian keliru seperti malam yang gelap gelita. Ketika itu seseorang beriman pada waktu pagi, kafir pada waktu petang. Atau petangnya beriman, paginya pula kafir. Ini kerana mereka menjual agama dengan dunia” – hr Muslim.

Islamphobia:

“Akan datang zaman, orang yang berpegang dengan Islamnya seperti menggenggam bara api” – hr Tirmizi.

Sewajarnya kita bimbang dan berhati-hati.

Abdul Mu’izz Muhammad
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
21 September 2017