Home Artikel PAS Selangor

PAS KLANG | Ibrah Al Kahfi : Untuk Menangani Kezaliman, Islam Perlu Berkuasa

53 views
SHARE

Di dalam surah al-Kahfi, Allah menceritakan berkenaan Zulqarnain. Seorang maharaja yang adil dan tegas. Penceritaan tersebut untuk memberi motivasi kepada umat Islam, bahawa sampai satu masa Islam pasti akan kembali memerintah dan menguasai dunia. Bahkan senario dominasi kuasa Islam seperti di dalam kisah Zulqarnain pasti akan berulang.

⚫ Janji Zulkarnain.

Antara kejayaan Zulqarnain adalah membasmi kezaliman tanpa bersikap selektif. Sesiapa sahaja yang berlaku zalim, akan dikenakan tindakan. Rakyat yang baik merasa aman tenteram. Golongan yang zalim merasa terancam.

Allah berfirman berkenaan penegasan janji Zulqarnain:

قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُّكْرًا
“Berkata Zulqarnain: Adapun orang yang melakukan kezaliman, maka kami akan mengazabnya. Kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya. Lalu Tuhannya akan mengazab dengan azab yang tiada taranya” – al-Kahfi 87.

Selain menerapkan cara hidup Islam yang murni, Zulqarnain menggunakan kuasa politiknya untuk menangani kezaliman.

⚫ Pentingnya Kuasa.

Bukan semua jenis orang, dengar nasihat. Bukan semua jenis kesalahan, boleh ditegur dengan belaian santun. Sememangnya kezaliman-kezaliman yang berangkai dan berskala besar, memerlukan kuasa untuk menanganinya.

Oleh kerana itu, menjadi tanggungjawab buat pendukung-pendukung kebenaran untuk mendapatkan kuasa lalu memerintah. Agar dengan kuasa tersebut, dapat menghentikan pelbagai kezaliman.

Abdul Mu’izz Muhammad
4 Mei 2018.