Home Artikel PAS Selangor

PAS KLANG | Ibrah Al Kahfi : Jauhi Sistem Cukai Yang Zalim

337
SHARE

IBRAH AL-KAHFI : JAUHI SISTEM CUKAI YANG ZALIM.

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا • قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا
“Mereka berkata “Wahai Zulqarnain sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj membuat kerosakan di muka bumi. Maka perlukah kami membuat pembayaran kepadamu agar kamu binakan untuk kami tembok pertahanan dari ancaman mereka?” Zulqarnain menjawab “Apa yang telah dikurniakan kepadaku oleh Tuhan sudah cukup baik. Maka tolonglah aku dengan tenaga kalian untuk aku binakan tembok pertahanan” al-Kahfi 94-95.Keperluan Rakyat.

Allah menceritakan kisah Zulqarnain melayan kehendak rakyatnya. Ancaman dari kemaraan Ya’juj Ma’juj, mereka meminta agar dipertingkatkan sistem pertahan negara. Allah mengemukakan contoh keperluan negara yang cukup penting untuk dibangunkan.

Rakyat bertanya, apakah mereka perlu membayar cukai untuk pembangunan negara? Zulqarnain menjawab, tidak perlu membayar cukai untuk itu. Sebaliknya dengan hasil bumi kurniaan Allah, sudah cukup untuk membangunkan negara.Modal Dari Allah.

Menurut Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Islam mengajar kita bahawa dana pembangunan negara diambil dari potensi kekayaan hasil bumi. Inilah jawapan mengapa negara-negara umat Islam cukup kaya dengan hasil bumi. Selain soal integriti, memilih sistem yang tepat adalah penentu utama kepada natijah ekonomi negara.

Malangnya yang berlaku hari ini, kekayaan-kekayaan itu dirompak oleh kapitalis. Golongan kapitalis berpeluang merompak setelah mereka melobi golongan politikus. Sehingga negara dahagakan dana, maka terpaksa memangsakan rakyat membayar cukai kononnya untuk membela negara.Sistem Islam Yang Indah.

Adapun konsep cukai di dalam Islam, merupakan program sosial yang berfungsi sebagai bantuan dari golongan kaya kepada golongan miskin. Bererti hanya golongan kaya yang wajib membayar cukai.

Maka kuasa beli golongan miskin dirangsang setelah mereka memperolehi bantuan yang bersumberkan cukai dari golongan kaya. Dengan usaha itu, aliran ekonomi kembali lancar kerana rakyat mempunyai kuasa beli yang kuat.Apabila Kerajaan Berniaga Dengan Rakyat.

Hari ini, semua golongan wajib membayar cukai. Akhirnya memiskinkan orang yang sudah sedia miskin. Papa kedana jadinya. Lebih malang, kita semua terpaksa berhutang kerana bebanan cukai. Sedangkan dalam Islam, cukai berfungsi menghapuskan hutang golongan miskin sekaligus memulihkan kuasa beli golongan miskin.

Sistem ekonomi apakah yang sedang diaplikasikan hari ini? Allah menyuruh kita agar kembali kepada Islam.

Abdul Mu’izz Muhammad
Ketua Utusan Ulama’
PAS Kawasan Klang
8 September 2017.