Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan rai golongan asnaf dan anak yatim

64
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohammad

10 April 2023

KINABATANGAN: Edaran Bakul Ramadan yang menjadi tradisi setiap tahun bagi PAS Kawasan Kinabatangan telah disampaikan ketika majlis berbuka puasa di Masjid Al Furqan, Kg Sinar Jaya petang tadi.

Majlis tersebut dianggarkan dihadiri oleh seramai 70 orang lebih penduduk Kg Sinar Jaya termasuk penerima sumbangan bakul ramadan dan duit raya bagi golongan asnaf dan anak yatim Kg Sinar jaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Masjid Al Furqan Kg Sinar Jaya, Amed Jaid bin Masali disusuli dengan Ucapan YDP PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz bin Baitul Makmur seterusnya penyerahan bakul ramadan dan duit raya.

Sumbangan yang berupa bakul makanan berbentuk beras dan bahan mentah keperluan dapur telah disampaikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz bin Baitul Makmur.

Turut hadir, Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kinabatangan, Tieya Pudding, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla, Ketua Muslimat PAS Kinabatangan, Liyana Dahon dan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan.