Oleh: Mimi Hazwa H.M.S
21 Januari 2024
KENINGAU: PAS Keningau melalui Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan (BKK) kawasan telah mengadakan ziarah prihatin anak lelaki seorang guru PASTI Al Furqan Tenom.
Baru-baru ini, anaknya telah diserang penyakit sawan kronik dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Daerah Keningau.
Ziarah tersebut diketuai oleh Ketua BKK PAS Keningau, Abdul Muein Mohd Noor. Turut hadir Ketua Pemuda PAS kawasan, Ridzqan Wirahadi Kusuma dan Ketua BKK Dewan Muslimat PAS Keningau, Rafiah Sulaiman.
Dalam ziarah itu, PAS telah menyerahkan bantuan berbentuk wang tunai kepada guru tersebut bagi membantu menampung kos rawatan dan penjagaan anaknya.
Menurut Abdul Muein, PAS Keningau berharap guru tersebut tabah dan sabar dengan ujian yang diberikan dan semoga pesakit diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan selanjutnya.
Beliau turut berterima kasih atas sumbangan daripada semua penyumbang dan mendoakan moga Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.