Home Berita PAS Sabah

PAS Keningau korban 6 ekor lembu

21
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa MS
9 Mei 2025

KENINGAU: PAS Keningau telah mengadakan program ibadah korban tahun ini bertempat di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi, Keningau kelmarin.

Seramai 42 orang peserta telah menyertai korban kali ini dan sejumlah 6 ekor lembu telah ditumbangkan.

Sebanyak 783 pek daging korban telah diagihkan ke 16 tempat dan kampung serta individu yang dikenal pasti di bawah parlimen Keningau ini.

Kemeriahan program ibadah korban turut diserikan dengan kehadiran lebih 132 petugas terdiri daripada ahli PAS, penduduk sekitar dan kakitangan syarikat imalabiz Keningau yang turut sama diundang bagi membantu kelancaran ibadah korban kali ini.

Jamuan daripada daging korban turut diadakan bagi meraikan para petugas yang hadir.

Mudah-mudahan lebih ramai lagi masyarakat Keningau khususnya dapat menyertai dan hadir dalam program ibadah korban yang dianjurkan PAS Keningau pada tahun depan dan semoga Allah menerima amalan ibadah korban yang dilaksanakan tahun ini.