Home Berita PAS Terengganu

PAS Kemaman Anjur Tamrin Qiyadi

952
SHARE

CHUKAI: “Banyak sebab kita tidak istiqamah adalah disebabkan dosa dan pengkhianatan. Allah tidak pernah zalim terhadap takdir hambaNya.” Kata Ustaz Jamaluddin Bin Jusoh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Muwasofat Pejuang Istiqamah’ pada Tamrin PAS Kawasan Kemaman di Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa pada 15 Jun yang lalu.

Beliau menyebut ” Tidak wajar orang yang duduk didalam PAS melakukan dosa. Antara syarat menjadi calon PAS adalah tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak pernah melakukan dosa besar.”

Antara muwasofat (sifat-sifat) pejuang istiqamah yang dibentangkan oleh Ustaz Jamaluddin adalah berpandukan Surah Al-Imran ayat 146 – 151.

Peserta tamrin kali ini terdiri daripada AJK PAS Kawasan Kemaman, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman dan Urusan Ulamak PAS Kawasan Kemaman.

Tamrin dipengerusikan oleh Ustaz Syed Shahrunuddin Bin Syed Mohd Sah selaku Timbalan Ketua Tarbiyah PAS Kawasan Kemaman dan Ketua Pemuda PAS Dun Air Putih.

Turut hadir, Ustaz Alias Bin Abdul Hamid selaku YDP PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Bin Nik Malek selaku TYDP PAS Kawasan Kemaman, YB Hanafiah Bin Ramli selaku Naib YDP PAS Kawasan Kemaman dan pimpinan-pimpinan kawasan yang lain.

{jathumbnail off}