Home Berita PAS Perak

PAS Kawasan Teluk Intan : Ihya Ramadhan dan Meraikan Petugas PRU14

607
SHARE

Teluk Intan, 22 Mei 2018 : Sempena Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia tahun ini, PAS Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan serentak dengan Majlis Kesyukuran dan Meraikan Petugas PRU14.

Majlis yang berlangsung pada semalam bermula jam 6.45 petang menerima kehadiran hampir 200 peserta yang terdiri daripada petugas-petugas dari UPU serta cawangan dari seluruh Teluk Intan.

Program tersebut turut dihadiri oleh mantan-mantan calon PRU14 yang lalu iaitu Dr Ahmad Ramadzan (calon P.073) dan Hj Azhar Rafiei ( calon N.056) dimana mereka sempat memberikan sedikit Taujihat kepada para petugas yang hadir.

Pengisian dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil, seterusnya para tetamu dijamu dengan juadah berbuka puasa dan Menunaikan solat Maghrib , Isyak dan Tarawih berjemaah di dalam Dewan KOMPASTI, Kg. Padang Tembak.

PAS Kawasan Teluk Intan Mengucapkan terima kasih kepada semua petugas UPU yang bertungkus lumus melakukan gerak kerja pilihan raya dengan penuh semangat dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen.