Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS Kawasan Permatang Pauh Santuni Mangsa Kemalangan dan Kebakaran

194 views
SHARE

Oleh : Khatijah Abd. Hamid

20 Jan 2019 | Ahad | Permatang Pasir

Mendengar beberapa musibah yang melanda, PAS Kawasan Permatang Pauh tidak menunggu lama untuk turun menziarahi mangsa.

Seorang mangsa penunggang motosikal yang dilanggar lari dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Mangsa berada di rumah keluarganya, di Kg Petani untuk rawatan seterusnya.

Mangsa seterusnya yang diziarahi ialah mangsa kebakaran yang berlaku pada awal pagi juga di Kg Petani.

Hampir keseluruhan rumah terbakar, manakala mangsa yang terdiri dari empat beranak tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda.

Sedikit sumbangan dihulurkan oleh Tn. Hj. Asre Jusoh, selaku Naib Yang Dipertua PAS Kawasan diiringi oleh ahli jawatankuasa PAS Kawasan, Pemuda dan Muslimat.

Diharapkan dengan ziarah serta sumbangan yang disampaikan dapat membantu meringankan sedikit bebanan mangsa yang diziarahi ini.