PAYA BESAR , 25 Oktober – PAS Kawasan Paya Besar telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada penduduk kg Permatang Badak. Ziarah ini diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Tarmizi Yahaya selaku Yang Di-Pertua PAS Kawasan dan turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Paya Besar.
YDP Pas Kawasan, Ustaz Tarmizi Yahaya berkata majlis tersebut diadakan bagi membantu 50 orang penduduk Kg Permatang Badak yang memerlukan barang keperluan harian melalui Tabung Prihatin Rakyat.
Menurutnya, menerusi majlis ini juga pihaknya dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk Kg Permatang Badak.
“Majlis seperti ini akan berterusan kepada penduduk penduduk di didalam Kawasan Paya Besar yang memerlukan atau berada di taraf kemiskinan.