Home Berita PAS Terengganu

PAS Kawasan nyatakan sokongan padu kepada YAB Menteri Besar Terengganu

567
SHARE

PAS Kawasan Nyatakan Sokongan Padu Kepada YAB Menteri Besar Terengganu

Menerima maklum isu yang sedang diperkatakan di ruang media sejak semalam, berhubung fitnah posisi YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan diganti dengan calon lain, PAS Kawasan-kawasan menegaskan ianya tidak benar.

Laporan polis juga telah dibuat oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Besar. Isu ini adalah sangat tidak wajar, memandangkan YAB Menteri Besar tidak mempunyai sebarang isu , permasalahan sehingga menggugat undi atau kepercayaan para pimpinan kawasan dan juga ahli.

Kami yang tersenarai di bawah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu Darul Iman dan berdoa agar kepimpinan YAB Dato Seri sentiasa mendapat keberkatan dariNYA.
1.YB Alias bin Abdul Hamid -YDP Kemaman
2.YB Wan Hasan bin Mohd Ramli -YDP Dungun
3. Hj Muhyidin bin Abdul Rashid -YDP Hulu Terengganu
4.YB Wan Sukairi bin Wan Abdullah -YDP Kuala Terengganu
5. M. Shukrimun bin Shamsudin – YDP Kuala Nerus
6.YB Shaharizukirnain bin Abd Kadir -YDP Setiu
7. Wan Azhar bin Wan Ahmad -YDP Besut
8. YB Md Nor bin Hamzah -TYDP Marang

Kami menyeru ahli di semua peringkat kawasan-kawasan, agar teguh bersama parti dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang dicipta pihak musuh.

“Teguh Pertahan”
“Islam Memperkukuh Perpaduan”

M. Shukrimun Shamsudin,
YDP PAS Kawasan Kuala Nerus.