Home Berita PAS Perak

PAS Kawasan Kampar buat laporan Polis ke atas kenyataan provokasi LGE

221
SHARE

Oleh: Abu Faqehah

MALIM NAWAR – Berikutan kenyataan provokasi berbaur perkauman dan penghinaan kepada umat Islam Melayu baru-baru ini, PAS Kawasan Kampar telah membuat satu laporan polis pada petang ini di Balai Polis Malim Nawar.

YDP PAS Kawasan Kampar, Ustaz Mohd Sofian Hj. Rejab telah mengetuai PAS Kawasan Kampar telah hadir di Balai Polis Malim Nawar dengan diiringi oleh Naib YDP PAS Kawasan Tuan Hj. Ahmad Sepian Malek dan  Ketua Penerangan PAS Kawasan Ir. Ts. Mohd Shahrizan Hj. Ahmad Fuat. Turut hadir beberapa orang AJK PAS Kawasan Kampar, AJK Parti Bersatu Kampar dan wakil muslimat.

Menurut Ustaz Sofian laporan polis ini sebagai menyahut arahan pimpinan negeri selain ingin memberi isyarat jelas bahawa kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan itu jelas amat merbahaya dan wajib diambil tindakan oleh pihak berkuasa.  PAS Kawasan Kampar yakin dengan kebijaksanaan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes ini akan disiasat dengan seadilnya.

Laporan polis berjaya direkodkan dan selesai kira-kira jam 6.45 petang.