Home Berita PAS Sabah

PAS Kawasan Batu Sapi menyelusuri lautan menziarahi ahli di 4 cawangan baru.

313
SHARE

Oleh : Salmiah Sappe
10 Januari 2021

BATU SAPI. PAS Kawasan Batu Sapi turunkelapangan menziarahi ahli di empat buah cawangan iaitu cawangan Kg Sirabut, Kg Upak, Kg Trongliman dan Kg Api-api pada jumaat lepas.

Ziarah diketuai oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Norsah Bongsu bersama 5 orang Ahli Jawatankuasa kawasan lain menaiki bot menjejaki cawangan yang baru ditubuhkan ini dengan mengambil masa lebih kurang 6 jam daripada bandar untuk menziarahi keempat-empat cawangan.

Ziarah ini bertujuan untuk merasmikan pembukaan cawangan baru serta melihat sendiri keadaan ahli di setiap cawangan serta menjalin hubungan yang lebih akrab dalam kalangan ahli PAS kawasan Batu Sapi.

Ketua-ketua cawangan yang ditemui memberi penerangan kepada Norsah berkaitan isu-isu yang berbangkit di kampung masing-masing sekaligus menyatakan jiwa besar mereka atas kunjungan PAS Kawasan Batu Sapi ke tempat mereka.

Dalam pertemuan semalam, Norsah sempat memberi sedikit penerangan berkaitan dengan dasar perjuangan politik di dalam parti PAS ,katanya “Kita ini PAS bukan saja turun pada masa pilihan raya sahaja tetapi parti PAS merangkumi bidang dakwah untuk masyarakat dan juga tarbiyyah untuk ahli di dalam memahami cara hidup seorang muslim”.

Dalam ziarah itu jug, beliaua sempat menjemput semua ahli cawangan untuk hadir ke Program Derma Darah yang akan dijalankam serentak di seluruh Malaysia pada 16 dan 17 Januari di bandar Sandakan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Menurutnya menerangkan keadaan stok darah dalam negara sangat kurang dan beliau berharap agar semua ahli cawangan amnya ahli Pas Batu Sapi mengambil peluang ini untuk turun membantu mengisi kekurangan stok darah negara.

Norsah turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli cawangan yang hadir kerana mahu bersama-sama dalam perjuangan PAS khususnya di kawasan Batu Sapi serta mengajak semua untuk menyokong program yang bakal dilangsungkan pada hujung minggu ini.