Home Artikel PAS Wilayah

Pas Kawasan Batu Mengecam Kerakusan Donald Trump Dan Serangan Israel Terhadap Gaza

176 views
SHARE

Kenyataan Media

PAS Kawasan Batu Mengecam Kerakusan Donald Trump Dan Serangan Israel Terhadap Gaza

1. Dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan kerakusan Donald Trump yang baru – baru ini mengiktiraf Bukit Golan sebagai sebahagian dari negara Israel. Tindakan biadap ini amat mencabar kesabaran umat Islam di saentero dunia yang belum lagi pulih dari kelukaan apabila Baitulmaqdis dijadikan ibu negara haram itu sebelum ini.

2. Tidak cukup dengan itu, Israel pula dengan sewenang – wenangnya telah melancarkan serangan ke atas Gaza ada hari Jumaat 15 Mac yang lalu sehingga mencederakan beberapa orang awam termasuk seorang wanita hamil.

3. Serangan tersebut dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan roket ke atas Tel Aviv yang sehingga kini tidak diketahui asal usulnya.

4. PAS Kawasan Batu mengecam kerakusan melampau Donald Trump dalam isu Bukit Golan dan kegilaan Israel yang menyerang Gaza tanpa sebab.

5. Sebagai orang Islam kita tidak seharusnya membiarkan kezaliman terhadap umat Islam di Palestine atau di mana – mana sahaja terus berlaku. Marilah kita bersepakat menunjukkan solidariti untuk mengutuk kezaliman ini.

6. Akhir sekali, PAS Kawasan Batu menyeru kepada seluruh umat Islam untuk melaksanakan Solat Hajat serta membaca doa Qunut Nazilah sebagai salah satu usaha kita dalam menunjukkan solidariti dalam isu ini.

Ustaz Azhar Yahya,
Yang Dipertua PAS Kawasan Batu

#IslamMemimpin

#KitaSejahteraBersama
#PalestineMilikIslam