Home Berita PAS Selangor

PAS Kapar edar bekalan makanan buat mangsa banjir di Meru – PAS Kawasan Kapar

233
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

MERU, 28 September – YDP PAS Kawasan Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh semalam telah mengetuai program pengedaran bekalan makanan kepada keluarga mangsa banjir di Meru. Sebanyak 100 pek juadah makan malam telah diserahkan kepada keluarga-keluarga tersebut.

Turut bersama turun menyantuni para penerima sumbangan, termasuk Naib YDP PAS Kawasan Kapar, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kapar serta petugas-petugas yang terdiri daripada Jabatan Amal Kawasan dan Briged Muslimat.

Menurut tinjauan PAS Kapar, ahli keluarga mangsa banjir yang ditemui menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran dan bantuan yang diberikan oleh PAS Kawasan Kapar.

May be an image of 2 people, people standing and body of water

Pihak PAS Kawasan Kapar turut berasa bersimpati dan berdoa agar mereka yang terlibat dalam musibah ini diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapinya. “Dalam masa yang sama PAS Kapar menuntut pihak yang berwajib untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor