Home Berita PAS Sabah

PAS Kalabakan rayu sumbangan untuk mangsa kebakaran

886
SHARE

Oleh : Hazimah Lanus
27 Ogos 2019

Kalabakan : PAS Kalabakan merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Laut Otentik dan Kampung Sri Menanti yang dilanda musibah tersebut semalam.

Rayuan itu disuarakan oleh Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah selepas menyampaikan sumbangan sarapan kepada mangsa di lokasi kebakaran pagi tadi.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, 10025010053802 atas nama PAS Kawasan Kalabakan dan memaklumkannnya kepada wakil Irma Binti Nurdin di talian 0195812404 bagi setiap sumbangan yang diberi.

Tambah Ahmad Dullah lagi, mangsa-mangsa tidak ditempatkan di mana-mana pusat penempatan sementara dan hanya mengharapkan ihsan saudara mara untuk tumpang berteduh.

Ahmad Dullah turut menyarankan agar orang ramai hadir ke lokasi berkenaan bagi menyantuni dan membantu sendiri mangsa yang dilanda musibah itu seterusnya memberikan apa-apa sumbangan wajar.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam semalam telah mengakibatkan hampir 70 buah rumah hangus terbakar.