Home Kenyataan Media PAS Johor

PAS Johor : Calon bebas Bukit Pasir bukan wakil PN

220
SHARE

KENYATAAN MEDIA

PENJELASAN ISU : CALON BEBAS DUN BUKIT PASIR BUKAN MEWAKILI PERIKATAN NASIONAL

Assalaamualaikum Wrt Wbt.

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga, para sahabat Baginda, para Tabi’in, atba’ Tabi’in dan seluruh umat Islam.

Proses penamaan calon PRN Johor telah selesai di mana kita menyaksikan pertandingan melebihi tiga penjuru berlaku di banyak DUN.

Tidak terkecuali DUN Bukit Pasir yang menjadi satu-satu DUN dimenangi calon PAS pada Pilihanraya Umum (PRU 14) di mana mantan YB DUN tersebut telah bertanding di atas tiket bebas.

Ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Johor tidak pernah menyisihkan “mantan YB Najib bin Lep” bahkan berusaha memberikan yang terbaik untuk beliau.

PAS Johor telah memutuskan Hj Najib bin Lep sebagai calon di DUN lain yang berpotensi untuk dimenangi berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Tindakan ini juga berikutan laporan di mana Hj Najib bin Lep menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan jentera Pilihanraya DUN Bukit Pasir yang mungkin boleh menjejaskan peluang beliau untuk terus memenangi DUN tersebut.

Berdasarkan keadaan ini, PAS Johor berbincang dan membuat keputusan dengan persetujuan PAS kawasan berkenaan untuk mencalonkan beliau di DUN tersebut.

Namun dukacita dimaklumkan bahawa Hj Najib bin Lep bertindak menolak pencalonannya yang telah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulamak di DUN yang baharu dan menyertai pilihanraya atas tiket calon bebas di DUN Bukit Pasir.

Justeru PAS Johor menyerahkan perkara ini kepada PAS Pusat untuk menyiasat dan mengambil tindakan dalam menyelesaikan perkara ini.

Islam Menyatukan Ummah

USTAZ ABDULLAH HUSIN

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor

24 Rejab 1443

27 Februari 2022

#PASJohorTeguh

#DemiBangsaJohor

#UndiPerikatanNasional