Home Berita PAS Selangor

PAS Hulu Selangor salur bantuan dan ziarah pesakit – PAS Kawasan Hulu Selangor

65
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

BUKIT BERUNTUNG, 10 Ogos – YDP PAS Hulu Selangor Tuan Haji Mohd Hasnizan Harun telah menziarahi rumah ahli PAS yang dilanda musibah di Taman Kasturi dan Taman Teratai 2 hari yang lalu.

Difahamkan insan yang diziarahi tersebut adalah seorang ahli yang baru saja pulih daripada COVID-19 dan seorang lagi ahli yang mengidap penyakit cancer.

Dikesempatan ini juga bertemu bual bersamanya bertanyakan tentang keadaannya sekarang serta menyalurkan sumbangan kepada mereka.

Turut bersama hadir menziarahi rumah pesakit itu oleh Ketua Lajnah Kebajikan PAS Hulu Selangor, Ketua Cawangan kasturi dan Teratai dan semua Ajk untuk melihat keadaan ahli yang dilanda musibah.

Pemuda PAS Hulu Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada penggerak kawasan yang prihatin serta menyumbangkan kepada mereka yang dilanda musibah.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan kesihatan kepada pesakit tersebut dan dipermudahkan segala urusan. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa tingkatkan penjagaan kesihatan serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor