Home Berita PAS Selangor

PAS Hulu Langat ziarah mangsa rumah terbakar – PAS Kawasan Hulu Langat

133
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

HULU LANGAT, 28 September – 2 hari lepas pada Ahad, pihak PAS Kawasan Hulu Langat telah turun menziarahi mangsa rumah terbakar di Kampung Sungai Lui dan menyampaikan sedikit sumbangan buat keluarga mangsa.

Sumbangan diserahkan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Ustaz Ashri diiringi Bendahari PAS Hulu Langat, Ustaz Abdul Rahman serta Timbalan Ketua Pemuda PAS Hulu Langat, Ustaz Muhammad Saupi.

Mangsa, Puan Rahmah Hj Sudin dan suami beliau Ujang atau nama penuh Atan bin Yunan, kini menetap sementara di rumah anak beliau disebabkan rumah mereka telah musnah sepenuhnya akibat insiden kebakaran yang telah berlaku.

Menurut laporan, kejadian kebakaran tersebut berlaku sejurus selesai solat subuh pada Sabtu pagi dimana Ustaz Ashri sendiri baru sahaja ingin memulakan kuliah Subuh di Masjid Sungai Lui, Batu 21 Hulu Langat.

Difahamkan bahawa, rumah mangsa hanya berada di seberang jalan yang berhadapan dengan masjid. “Bagi pihak PAS Kawasan, kami menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa kebakaran”, kata Ustaz Ashri .

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor