DUNGUN – PAS Kawasan Dungun komited untuk memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat terus terpelihara terutamanya yang melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti agama dan budaya.
Ketua Penerangannya, Naraza Muda menegaskan kenyataan kontroversi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menuduh PAS, parti ajaran sesat.
“Kenyataan yang ini boleh mencetuskan ketegangan seperti ini perlu diambil tindakan serius,” ujarnya.
Beliau yang ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dungun di sini pada 1 Januari .
Turut hadir Setiausaha PAS Dungun, Abdul Hamid Ismail, Ketua Lajnah Mobalisasi PAS Dungun, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik serta Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.
Menurutnya, proses laporan tersebut berjalan lancar dengan kerjasama pihak polis di Balai Polis Dungun.
“Pimpinan PAS berharap isu ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berwajib untuk menjaga kesejahteraan negara,” katanya.
Manakala, Ustaz Mohd Fadhli kecewa pemimpin DAP itu yang membuat tuduhan berbentuk hasutan kepada Parti Islam Semalaysia PAS.
” Satu tindakan yang wajar perlu diambil terhadap Menteri KPKT yang biadap ini kerana ia telah menimbulkan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia, semoga pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan telus,” tambahnya lagi.