Home Berita PAS Terengganu

PAS DUN Rantau Abang Miliki Bangunan Sendiri

39
SHARE

DUNGUN – PAS DUN Rantau Abang akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri yang diimpikan sejak daripada era YB Cikgu Alias Harun menjadi Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) lagi.

Pengarah MTDnya, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata beliau hanya meneruskan usaha tersebut dan alhamdulillah hari ini impian semua daripada kita telah tercapai,

” tanpa adanya penyokong dan pendokong yang istiqomah membantu, mana mungkin bangunan ini dapat didirikan dengan tersegam indah,” ujarnya.

YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli

Ustaz Mohd Fadhli berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Bangunan PAS DUN Rantau Abang yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kampung Pulau Serai di sini pada petang jumaat 14 Februari.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Ahli Jawatankuasanya.

Menurutnya yang juga Ketua Pemuda PAS Dungun, PAS bukan sebuah parti politik yang kaya-raya tetapi setiap sen duit PAS adalah daripada poket ahli-ahlinya.

“Ini juga hasil daripada orang-orang lama seperti Sidang As Sabiqun yang tetap istiqomah sehinggalah Rantau Abang sudah memasuki era DUN kubu kuat PAS,” katanya.