Home Artikel PAS Pahang

PAS DUN Jengka rai hari Doktor Sedunia

244
SHARE

Dr.Suhaizat Kamaludin mengucapkan demikian kepada Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau yang diketuai oleh Timbalan Ketuannya Puan Rusni Harun bersama 12 orang ahlinya mewakili Pejabat Adun Jengka.

Sepuluh buah klinik iaitu Klinik Sulaiman, Klinik Ghazali, Klinik Fadzilah, Klinik Suhaizat, Klinik Ali, Klinik Gigi Senawi, Klinik Gigi Farhana, Klinik As Salam, Klinik Shaik dan Klinik An Nur yang telah dikunjungi dan memberi kek sempena Hari Doktor.

Dalam kesibukan bersama pesakit, doktor tetap meraikan kehadiran mereka dan mengucapkan berbanyak terima kasih juga terharu dengan pihak YB Ustaz Shahril Azman Adun Jengka kerana mengingati jasa mereka dalam menjaga kesihatan masyarakat.

” Kami berbangga dipilih oleh Allah untuk turun menyantuni doktor sempena Hari Doktor pada tahun ini semoga penat lelah dan jasanya yang ikhlas mengubati pesakit terubat ” ujar Puan Rusni Harun yang mengetuai pemberian kek kepada para doktor pada hari ini.

jengkasejahtera

dunjengka