Home Artikel PAS Melaka

PAS Dun Gadek Edar Kalendar PAS Di Pasar Malam

415
SHARE
Emransyah bersama-sama dengan belia-belia tempatan dan muslimat sedang mengedarkan kalendar

Oleh : IBNU JANIE

ALOR GAJAH – Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS bagi DUN Gadek telah mengadakan program mengedarkan kalendar PAS bagi tahun 2020 di pasar malam Gadek petang semalam.

Program yang turut dibantu oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Alor Gajah dan sukarelawan dari kalangan penduduk tempatan ini telah berjaya mengedarkan lebih 500 unit kalendar berwarna-warni yang turut memaparkan wajah pimpinan tertinggi PAS Pusat.

Bersama-sama dalam program ini ialah Ketua Penerangan PAS kawasan Alor Gajah, Emransyah bin Ismail, Pengarah pilihanraya PAS Kawasan Alor Gajah, Safwan Ghani dan Ketua Muslimat Kawasan, Cikgu Syila.

Emransyah yang juga merupakan mantan calon PAS N07 Gadek pada PRU14 lepas mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk-penduduk tempatan yang turut sama membantu mengedarkan kalendar ini kepada orang ramai.

Beliau juga mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua penyumbang yang menderma sehingga program ini dapat dijalankan dengan sempurna.

Menurut Emran lagi, program ini yang merupakan acara tahunan  di MTD ini akan diteruskan ke beberapa lokasi lagi untuk memastikan kesemua 5000 naskhah kalendar dapat diedarkan kepada penduduk di DUN Gadek ini.

Orang ramai yang ditemui menyambut baik program ini dan berbesar hati menerima kalendar ini sebagai cenderahati kenang-kenangan dari PAS MTD Gadek.