Home Berita PAS Wilayah

PAS dan UMNO Wilayah Perkukuh Persaudaraan

550
SHARE

Oleh : Wan Syahirah binti Wan Jafri

26 Oktober 2019

SENTUL : Agenda penyatuan ummah terus dipergiat antara PAS dan UMNO Wilayah Persekutuan dengan penganjuran Hi-Tea Penyatuan Ummah bertempat di Taman Dato Senu, Sentul bagi mengumpul dana untuk pembukaan pejabat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

Seramai kira – kira 100 orang hadir memeriahkan majlis tersebut, terdiri daripada pimpinan dan ahli – ahli PAS Wilayah Persekutuan serta wakil Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Majlis dimulai dengan solat Asar berjamaah di Madrasah Majidiah dan tazkirah ringkas oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya dan kemudiannya disusuli dengan sesi hi-tea di Restoran Naili’s Sentul.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Dato’ Ramlan Askolani dalam ucapan beliau menekankan hikmah dan manfaat penyatuan kedua – dua parti dari pelbagai aspek.

Ustaz Azhar Yahya pula dalam ucapannya menyifatkan perpaduan ini sebagai suatu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya.

Agenda diteruskan dengan penyerahan sumbangan kepada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan oleh Dewan Ulama’, Dewan Muslimat, dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Tidak ketinggalan juga penyerahan sumbangan oleh Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan tetamu – tetamu yang hadir sebelum majlis diakhiri dengan jamuan serta sesi bergambar bersama semua para hadirin.