Home Berita PAS Wilayah

PAS cawangan seksyen 1 bantu masyarakat setempat

133
SHARE

WANGSA MAJU, 4 Jun: PAS Cawangan Seksyen 1 dengan kerjasama PAS Kawasan Wangsa Maju telah menyampaikan bantuan #DAPURRAKYAT khususnya kepada golongan wanita yang suri rumah , warga emas dan asnaf dari golongan B40 dan M40, di sini hari ini.

Ketua PAS Cawangan Seksyen 1, Haji Hamidon Pawanteh berkata, bantuan bakul makanan berkenaan sememangnya dapat membantu serta meringankan beban rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Bagi mewakili penduduk kawasan Wangsa Maju seksyen 1, saya merakamkan ucapan terima kasih Penyelaras Parlimen Wangsa Maju,YB Senator Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh atas bantuan yang telah diberikan.

“Saya juga bersyukur kerana penduduk seksyen 1 terus mendapat perhatian daripada YB Kak Nuri dan YDP PAS Wangsa Maju,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya semua rakyat sekitar sekyen 1 terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.