Machang Bubok , 8 Julai 2017 – Yang Di Pertua PAS Bukit Mertajam Ustaz Yusni Md Piah bersama AJK Pas Kawasan BM telah meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan pada mangsa kebakaran di tempat penginapan sementara di Dewan Orang Ramai Machang Bubuk. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan AJK Pas Cawangan Machang Bubuk.
Berdasarkan maklumat daripada Ketua Cawangan Machang Bubok, mangsa akan ditempatkan sementara di sini sebelum mendapat rumah sewa yang baru.Kejadian ini berlaku pada penghujung bulan Ramadhan yang lalu. Untuk sebarang maklumat atau ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Jamilah Bt Sirap di 017 462 6372.
{jathumbnail off}