Home Artikel PAS Perak

PAS Bukit Gantang Terus Santuni Rakyat

439 views
SHARE


Bukit Gantang : Naib Presiden PAS , Ustas Idris Ahmad pagi tadi bersama Tuan Haji Abd Rahim (bekas calon Kuala Sepetang) turun menyantuni 50 keluarga di sekitar kawasan Bukit Gantang

Seawal jam 9 pagi AJK Cawangan PAS Kepala Bukit sudah berkumpul bagi menguruskan program berkenaan sekitar Kg.Kepala Bukit,Batu 9 , Batu 10 , Sungai Limau dan Kg. Chengal.

Ada dikalangan penerima yang tidak sampai hati untuk menerima bantuan.
” Ustaz Idris bukan lagi YB ” kata salah seorang penerima sumbangan.
” Tidak mengapa , ambil lah tanda ingatan serta doakan saya sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki” balas Ustaz Idris sambil bersalaman.

Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah atas kerjasama yang baik antara kedua belah pihak dalam menjayakan program menyantuni masyarakat.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.

💚 Media Rasmi kami :
🌐 www.pas.org.my/negeriperak
📧 perak@pas.org.my

❤ Like | Share | Follow us:
📮 facebook.com/pasperak/
📮 facebook.com/perakyoptv/
📮 instagram.com/pasperak
📮 youtube.com/channel/yoperaktv