Home Artikel PAS Perak

PAS Bukit Gantang I Edar Kurma Kepada Pengunjung Bazar

88 views
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG , 31 Mei : Sebanyak 420 bekas kurma telah diedarkan oleh pimpinan PAS Bukit Gantang di bazaar Ramadan Batu 2 setengah dan Bazar Ramadan Changkat Jering pada petang semalam.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata , agihan kurma ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara masyarakat.

Selain itu, beliau yang ditemui selepas program itu berkata, amalan sedekah adalah dituntut terutamanya pada bulan Ramadan.

“Kita juga dapat membudayakan budaya memberi dan sedekah apatah lagi perkara itu juga di tuntut pada bulan yang mulia ini,” katanya.

Program ini turut disertai oleh naib Presiden PAS , Ustaz Idris Ahmad , pemuda serta ajk muslimat PAS Bukit Gantang.

Program yang bermula pada pukul 5.30 petang itu akan diteruskan pula di lokasi yang berlainan pula di sekitar Bukit Gantang.