Home Artikel PAS Perak

PAS Bukit Gantang Buat Ziarah Susulan Mangsa Banjir

86 views
SHARE

Oleh : Ez

Trong , 28 Mei – Meskipun banjir telah surut dan keadaan di sesetengah tempat ada yang belum pulih sepenuhnya namun misi bantuan dan ziarah bekas mangsa-mangsa banjir diteruskan lagi oleh PAS Bukit Gantang melalui usaha Dewan Muslimat DUN Trong iaitu di Kampung Sungai Rotan , Kampung Batu 25 , Batu 26 , Batu Hampar dan Padang Gajah.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata objektif ziarah susulan dan bantuan ini adalah bertujuan bagi meringankan bebanan dan menzahirkan sifat kasih sayang dikalangan PAS kepada mangsa banjir.

Menurut beliau lagi, misi bantuan hari ini dapat diselesaikan dengan lancar, semoga Allah memberi kekuatan kepada semua mangsa banjir dan mengharapkan mereka mendapat bantuan setimpal secara berkala khususnya juga dari parti dan pertubuhan lain bagi meringankan beban mereka yang masih terpancar keperitan hasil dari kemusnahan harta benda akibat banjirbaru-baru ini.

Misi yang bermula jam 9 pagi itu rata-rata mendapati penduduk di situ begitu senang dengan kehadiran PAS yang amat mengambil berat persoalan kebajikan dan kesusahan yang dialami rakyat tanpa kita mengira latarbelakang dan fahaman politik.

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang,Ir Zu Hazmin Badri , pimpinan PAS Kawasan , pemuda dan muslimat.