Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS bukan sekadar parti tarbiyah

71
SHARE

TASEK GELUGOR, 13 SEPTEMBER – PAS membuktikan tidak hanya menumpukan kepada pembangunan rohani semata-mata apabila mengadakan Pertandingan Sepakan Penalti bersempena Karnival Malaysia Sejahtera yang dianjurkan di Padang Awam Pekan Darat, Tasek Gelugor.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Piala Yang Di-Pertua (YDP) dan Piala Ketua Pemuda (KP) bagi Kawasan Tasek Gelugor.

Sambutan yang amat baik di kalangan penduduk sekitar Tasek Gelugor apabila penyertaan sebanyak 24 kumpulan untuk Piala YDP dan 13 kumpulan untuk Piala KP.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Sobri Salleh berserta Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor,
Ustaz Asril Hafiz Che Hashim turut sama menyaksikan perlawanan peringkat akhir untuk kedua-dua kategori.

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan LIM FC (A) untuk kategori Piala YDP dan Terima FC untuk kategori Piala KP.

Pertandingan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang berupa wang tunai RM 1500 beserta piala iringan kepada Johan Piala YDP dan RM 800 beserta piala iringan kepada Johan Piala KP.