Home Berita PAS Terengganu

PAS boleh menang di semua kerusi

171
SHARE

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu yakin boleh menang di semua lapan parlimen di negeri ini.

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata keyakinan itu terzahir melihat kepada situasi pada ketika ini menerusi sambutan sepanjang tempoh berkempen.

“Boleh menang di semua parlimen, persaingan sengit sebenarnya daripada Barisan Nasional (BN) bukan dari Pakatan Harapan (PH) namun penyertaan mereka kita alu-alukan dalam konteks pertandingan PRU di negeri Terengganu.

“Suasana dari sudut berkempen PAS mendahului di semua tempat, samada bandar, pinggir bandar dan felda malah BN sendiri tidak bersungguh menghadapi pilihanraya pada kali ini.

“Dimana pada kebiasaan yang berlaku pada UMNO ini mungkin disebabkan duit tidak turun, sehingga ada beberapa markas dilihat dibuka sementara, dan ada yang masih tidak dibuka, “ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media pada sidang akhbarnya, di Pusat Media PAS, di sini, hari ini.

Tambahnya, keadaan memang dilihat lesu dipihak UMNO sehingga tidak ada lagi parti itu tidak mampu mengadakan ceramah.

“Kecuali beberapa malam yang lalu, kehadiran Tan Sri Annuar pada ceramah yang diadakan itu namun sambutannya sangat hambar, “ujarnya.

Di pihak PAS pula menurutnya setiap malam di markas-markas sentiasa meriah.

“Ada ‘pos’ di Hulu Terengganu yang sebelum ini tidak boleh dibuka sekarang telah pun dibuka, nampak sekarang kemeriahannya.

“Walaupun calon yang bertanding daripada BERSATU setakat ini tiada masalah ahli PAS sentiasa dengar dan taat serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi tambahan pula dengan menggunakan logo PAS menambahkan lagi kekuatan, ” katanya.

Begitu juga dengan Kemaman menurutnya, walaupun Ahmad Said bertanding mewakili UMNO melalui analisis yang dijalankan pengaruhnya hanya di Kijal.

“Sedangkan calon PAS ada pengaruh sendiri yang lebih meluas di lapangan.

“Antara penyebab dan faktor UMNO menjadi lesu juga adalah disebabkan calon yang bertanding tidak menjadi pilihan di peringkat akar umbi dan telah diboikot,” ujarnya lagi.