Home Berita PAS Selangor

PAS Bersekongkol Dengan Penyamun, Perompak Dan Perasuah – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

1089
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Ini lagi satu point yang menjadi ‘wirid’ mereka.

Sebelum kami jawab, kami tanya kamu dulu. Dah cermin diri?
Dan sudah berapa kali kamu tengok ucapan Timbalan Presiden PAS, dulu yang menjadi idola kamu? Apa dia tak kata kat TM? Semua yang kamu sebut-sebut itu ada pada TM -penyamun, perompak, perasuah. Bukan setakat itu, dia tambah lagi perkataan ‘bapak’

Tapi, boleh pula kamu bersekongkol dengan TM?!

Baik, kamu kata PAS bersekongkol dengan penyamun, perompak, perasuah. Kami faham kamu merujuk kepada UMNO dan beberapa orang pemimpin UMNO yang terpalit dengan dakwaan salah laku.

Kamon la mereka sudah di dakwa di mahkamah dan sedang dibicarakan di mahkamah. Kenapa tidak kamu beri masa kepada mereka untuk membela diri di mahkamah? Dan mereka sendiri mengaku akan membersihkan diri mereka di mahkamah. Jadi apa masalah kamu?

Saudara, proses di mahkamah bukan pendek, sependek 22 bulan. Tapi panjang. Jadi biarkan badan kehakiman menguruskannya. Selagi mereka belum dihukum bersalah mereka bukan orang salah. Mereka bebas. Bebas kehulu kehilir, bebas mengurus parti dan bebas berkomunikasi. Itu hak mereka hak yang termaktub menurut perlembagaan.

Saudara, suka atau tidak badan kehakiman negara kita sedang bergelut dengan tohmahan. Tohmahan awam bahawa badan kehakiman kita tidak adil, bias, pilih kasih, dikuasai orang politik, dan lain-lain lagi. Lama kemelut tohmahan ini berjalan. Itu realiti.

Justeru, apabila kerajaan PN mengambil alih daripada PH kerajaan PN mula menunjukkan kesungguhan untuk keluar daripada tohmahan tersebut. Peguam Negara dilantik daripada tokoh dalam bidang kehakiman. Bukan orang luar. Pesuruhjaya SPRM pun begitu juga. Kedua-dua jabatan tersebut adalah jabatan penting untuk membawa Malaysia keluar daripada badi tohmahan sebagaimana yang kami nyatakan di atas.

Doakan kebaikan untuk badan kehakiman kita. Baik mereka, baiklah negara, insya Allah.

Itu satu. Dan kedua, UMNO. PAS berkawan dengan UMNO.

PAS berkawan dengan UMNO bukan sekadar kenyit-kenyit mata. PAS dan UMNO serius dalam berkawan. Berkawan dengan satu tujuan – membina kesatuan ummah. Kami berjanji untuk saling bantu membantu, sokong menyokong di antara satu sama lain. Janji kami bukan janji kosong. Janji kami diikat dengan pigam – Piagam Muafakat Nasional.

Alhamdulillah, kami berjaya letakkan ketepi sejarah hitam kami berdua. Sejarah persengketaan, benci dan dendam kesumat. Cukup dan cukup!

Kini masanya untuk membina semula negara.

PAS dan UMNO serius mahu membina semula negara. Kita sejahterakan Malaysia. Kembalikan kontrak sosial sesuai dengan lima Rukunegara – Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan.

Ini agenda besar.

Agenda besar ini tidak mungkin mampu dibawa oleh PAS dan UMNO sahaja. Justeru PAS dan UMNO mengajak semua pihak seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, cintakan keharmonian dan cintakan kemakmuran – jom sama-sama kita bina semula negara.

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor