Home Berita PAS Pahang

PAS Bentong sumbang 300 kit dapur rai asnaf

30
SHARE
 
Oleh : KHAULAH AL-AZWAR

BENTONG, 7 APR – Sebanyak 300 buah kit dapur asnaf sumbangan PAS Bentong habis ditempah hampir 20 cawangan PAS sekitar Bentong.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Bentong, Faezah Mohamad berkata, kit dapur tersebut diserahkan secara berperingkat-peringkat semenjak pertengahan Ramadan lalu.

“Setakat ini, PAS Cawangan Mempaga Dua pecah rekod tempahan terbanyak dengan 40 buah kit, diikuti Sg.Murai 30 buah dan Chegar Medang 24 buah.

“Dalam kit dapur asnaf ni disediakan barangan asas seperti beras, tepung, susu, bihun dan beberapa lagi produk makanan bernilai RM35 setiap pek.

“Cawangan tak perlu pening kepala memikir produk apa nak bagi, kami sediakan semuanya, mereka tinggal bayar jumlah diminta dan ambil,” ujarnya usai program Ziarah Hospital Bentong bersama saf kepimpinan PAS Bentong, Jumaat lalu.