Home Berita PAS Pahang

PAS Bentong sempurnakan agihan daging korban kepada 154 keluarga

26
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 11 JUN — Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, PAS Kawasan Bentong telah melaksanakan program agihan daging korban kepada 154 keluarga Islam sekitar Bentong termasuk komuniti Orang Asal (OA).

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh ukhuwah dan memastikan masyarakat yang berada dalam DUN terlibat khususnya OA Muslim tidak terpinggir dalam meraikan Aidiladha.

Beberapa buah Kampung Orang Asal (KOA) terlibat meliputi Sungai Penjuring, 12 keluarga, Sungai Lebak, 30 keluarga, Sungai Gabong, 38 keluarga dan Ulu Pareh, 24 keluarga.

Manakala sebanyak 50 buah keluarga di DUN Pelangai turut menerima agihan daging korban daripada PAS Kawasan Bentong.

Agihan dilakukan secara berperingkat dengan kerjasama penduduk tempatan serta Tok Batin kampung OA terlibat.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Bentong, Faezah Mohamad, program ini juga merupakan satu bentuk dakwah kebajikan dan tanda keprihatinan terhadap saudara se-Islam yang tinggal jauh di pedalaman.

“Kami bukan hanya menyampaikan daging, tetapi juga menyampaikan kasih sayang sesama Muslim. Ini adalah pengorbanan bersama demi kebajikan umat,” ujarnya.

Program berakhir dengan suasana penuh kesyukuran dan senyuman dari para penerima tanda bahawa Aidiladha ini tetap meriah, meskipun sederhana.