Home Berita PAS Pahang

PAS Bentong santuni bakal tetamu Allah

176
SHARE

Oleh : KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 10 Jun ♦ PAS Kawasan Bentong berkesempatan menyantuni bakal dhuyufurrahman (tetamu Allah) yang akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi melaksanakan rukun Islam kelima, bermula hujung minggu lalu.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Kawasan, Faezah Mohammad berkata, kira-kira 15 orang bakal tetamu Allah terdiri daripada ahli PAS sekitar Parlimen Bentong telah berjaya disantuni.

“Musim ini, ahli PAS DUN Pelangai paling ramai mengerjakan ibadah haji, iaitu lima daripadanya dari cawangan Simpang Pelangai, empat dari Kemasul dan seorang lagi dari Sri Cemomoi.

“Bagi DUN Ketari pula diwakili oleh dua orang, iaitu daripada Cawangan Mempaga, DUN Sabai dua orang dan DUN Bilut seorang,” ujarnya.

Menurut Faezah, apa yang lebih menarik ialah perjalanan haji tahun ini turut disertai Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka Kawasan, Ustaz Abdul Hamid Bahatim.

Turut ‘diseru’ menjadi tetamu Allah mengiringi mantan Yang Dipertua PAS Kawasan itu adalah Pengerusi Lajnah Tarbiah Kawasan, Ustaz Zamri Mat dan isteri.

Sedikit sumbangan berupa wang tunai telah disampaikan oleh YDP PAS Bentong, Khairuddin Abdullah bersama Naib Yang Dipertua PAS (NYDP) Kawasan, Kasim Samat kepada bakal-bakal haji tersebut.