Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Bayan Baru anjur Sinar Ramadan Kasih Syawal

616
SHARE

BAYAN BARU: PAS Kawasan Bayan Baru telah menganjurkan program Sinar Ramadan Kasih Syawal yang diadakan di Markas Pak Hidzir, Sungai Tiram, Bayan Lepas, di sini semalam.

Program bersama yang dijayakan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Bayan Baru ini lahir dari keimanan kepada seruan Rasulullah mengenai keutamaan sedekah dalam bulan Ramadan.

Ianya diadakan bertujuan meringankan beban golongan memerlukan dan membantu mereka dalam persiapan menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelma agar turut sama merasai kegembiraan.

Yang DiPertua PAS Bayan Baru, Iszuree Ibrahim dalam ucapannya menyeru semua agar memanfaatkan kelebihan fasa terakhir 10 hari Ramadan dengan melipatgandakan ibadah.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Bayan Baru, Asnah Hashim memaklumkan sumbangan diberi dalam bentuk wang tunai RM100 serta sekampit beras kepada para penerima.

Para penerima dipilih dalam kalangan asnaf sama ada miskin, anak yatim, warga emas, sakit, Orang Kelainan Upaya, ibu tunggal, serta tidak dilupakan juga kepada para guru PASTI.

Majlis turut diisi dengan tahlil dan tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Bayan Baru, Ustaz Taufiqurrahman Mohd Kassim sebelum berbuka puasa dan solat Maghrib bersama.